5 TIPS NAK MULA TRAVEL

Di internet banyak dah orang mula berkongsi tips nak mula travel. Sedar tak sedar semakin ramai rakyat Malaysia mula mengorak langkah lebih panjang. Rancang cuti bersama keluarga bukan lagi di dalam Malaysia lagi dah, tapi di luar Malaysia.

Trend Travel Makin Meningkat Naik 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ni, peningkatan rakyat Malaysia memiliki kencderungan untuk travel semakin naik secara mendadak. Kalau sebelum ni nak ke pulau, Langkwi lah tempatnya. Tapi sekarang orang mula survey pantai di Maldives, Borocay, Perth dan sebagainya. Kalau sebelum ni nak cari tempat sejuk, confirm ke Cameron Highland. Sekarang trend mula beralih ke negara sejuk yang berdekatan seperti Korea, China, dan yang seangkatan dengannya. 

Mana tidak nya, dengan kemudahan internet di hujung jari. Banyak aplikasi mudah alih, promosi tiket penerbangan, tempahan hotel tanpa deposit, dan lain-lain. Semua ni dah cukup untuk membuatkan travel jadi semakin mudah. 

Tak cukup dengan ini, trend travel secara solo juga semakin mendapat tempat. Dengan kemudahan smartphone yang canggih serta dilengkapi internet. Kebimbangan dan ketakutan untuk keluar negara dah semakin berkurangan dan mula menghilang.

Kekuatan untuk travel solo disambut baik. Banyak perkongsian daripada orang kita yang suka melancong secara sendirian. Tulisan perkongsian pengalaman masing-masing dalam kembara. Tips pemilihan pengangkutan awam, lokasi murah untuk membeli belah, tempat wajib pergi, makanan kena cuba dan pelbagai perkongsian lagi yang ada di internet. Tak kurang juga tips nak mula travel mula dicari sebagai langkah permulaan. 

Jadi, sebagai perkongsian aku untuk kali ni adalah result daripada perjalanan hidup aku sendiri.  Boleh jadi lain orang lain kaedah yang diguna pakai. Bismillah.

1. Belajar atau Bekerja Di Luar Negara

Anas Rahman

Kan aku dah kata. Tips ni adalah daripada perjalanan hidup aku sendiri. Tapi walaupun kita rasa tak berkaitan, secara tidak lansung dapat ambil sesuatu yang boleh dijadikan panduan atau pelajaran untuk kita mula travel.

Belajar atau berkerja di negara luar memang secara tidak lansung akan membuatkankan kita akan terbiasa dengan suasana di negara berkenaan. Sepanjang belajar atau bekerja di luar negara, kita akan lebih terdedah dengan lokasi-lokasi menarik di sesebuah destinasi, kepelbagaian ketegori makanan tempatan, kaedah berkomunikasi yang lebih praktikal, pengangkutan awam dan private yang boleh kita cuba, dan banyak lagi faedah sekiranya kita ada di satu satu negara tersebut dalam tempoh jangka masa yang agak lama.

Saya merupakan mahasiswa lepasan dari timur tengah, Jordan. Empat tahun di sana cukup untuk mengajar erti hidup ni. Dalam masa yang sama menguruskan kehidupan dalam keadaan berjauhan dari sisi keluarga. Lokasi bersejarah dalam negara Jordan ni puluhan kali telah diexplore. Apa taknya, masa aku sana antara 5 orang yang terawal memiliki kenderaan sendiri. Tambahan pula bila masa student-student lain nak konvo, keluarga mereka yang datang ke Jordan akan minta aku untuk bawakkan mereka jaulah (tour) ke seluruh tempat menarik yang ada di Jordan ini. 

Sebenarnya Jordan antara negara yang seronok untuk kita berjalan di sini. Luangkan masa 1 minggu dah cukup memadai untuk nikmati peninggalan sejarah kota rome, sirah para sahabat dan riwayat kisah nabi-nabi di tanah syam ini. Nanti saya cuba create satu post khusus untuk Negara Jordan yang sangat unik dan kaya ini. Nantikan ya. 

2- Mulakan Dengan Negara Dekat

 

Anas Rahman

Pilih negara yang dekat dan berhampiran dengan kita. Pengalaman aku sendiri, masa menuntut di Jordan dulu. Selepas lima bulan di sana, ambil keputusan sendiri masa tu untuk pergi ke negara berhampiran. Masa tu kawan-kawan aku yang lain tak ramai lagi berani untuk keluar daripada negara, ye lah baru cuti semester kali pertama kan. Jalan-jalan di Jordan dulu katanya. 

Negara pertama aku travel adalah Syiria. Masa tu Syiria belum lagi bergolak dan berperang macam sekarang, tapi bibit peperangan tu dah mula ada. Aku gi masa tu naik teksi dan bas sahaja, ikut jalan darat. Perjalanan masa tu aku ingat agak tak ada lah jauh sangat. Dalam 6 jam perjalanan kami dah sampai di Dimashq (ibu negeri) Syiria.

Sebab apa bagi aku kita start dengan negara dekat?  

[ Pertama ] Itu paling mudah. Kalau nak dibandingkan dengan negara lain lebih rumit dan leceh. Biasanya negara yang dekat ni ramai orang yang ada experience di negara tersebut. So, lebih mudah untuk kita berjalan dengan makluman dan panduan yang banyak.

[ Kedua ] Kos yang Jimat. Terang-terang kalau kita nak jalan negara yang jauh kena lagi banyak keluarkan kos. So, kita start dengan yang dekat dulu untuk dapatkan pengalaman travel dengan kos yang minimum. Lepas tu, untuk trip next boleh start riki-riki yang jauh dah sikit. Ambil aura travel dulu orang kata.

[ Ketiga ] Sekiranya berlaku perkara yang kita tak ingini. Adalah lebih dekat untuk keluarga dan kenalan kita untuk bantu dalam selesaikan masaalah. Jarak yang dekat menjadikan lebih mudah untuk berkomunikasi sekiranya ada kecemasan yang timbul. 

Cukup dulu tiga faktor tu. Aku sambung lagi dengan tips nak mula travel yang seterusnya pula.

 

3- Buat Homework Lebih

Persiapan memang satu keperluan

kos untuk berbelanja.

[ Pertama ] Pengangkutan & Tempat tinggal

[ Kedua ] Tempat Menarik Untuk Dilawati

[ Ketiga ] Cuaca & Living Cost

4- Letakkan Had Perbelanjaan

Buat tabung travel, Simpan sikit-sikit, Cari income tambahan dan yang sewaktu dengannya. Bab ni aku tak sentuh lebih sebab yang ini faktor paling penting sebelum mula langkahkan kaki untuk travel.  Boleh lebih kreatif untuk dapatkan duit lebih ni.

Sebelum travel lagi kita mesti dah ada perancangan. Lagi teliti planning kita lagi baik untuk kita dapat selaraskan dengan keadaan kewangan kita. Untuk travel ni biasanya kos memang akan banyak kita keluarkan. Kita pecahkan lagi perkara basic yang kita akan keluarkan kos untuk berbelanja.

[ Pertama ] Kos Pengangkutan

[ Kedua ] Penginapan

[ Ketiga ] Makanan 

[ Keempat ] Admisson Fees

Bersedia untuk tips nak mula travel yang berikutnya ?

5- Cari Kenalan Negara Berkenaan

Tips Nak Mula Travel

Keluarga angkat saya warganegara Syiria

Boleh jadi tempat tinggal dah save bajet dah. 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *