fbpx

Permulaan Langkah

Home » Permulaan Langkah

Assalamualaikum dan salam hormat.

Oh mai! Lama sangat dah tak menulis ni. Idea nak menulis ni bukannya tak ada. Selalu mencurah je keluar idea ni tak kira masa dan tempat. Sampai satu tahap melimpah sampai kering dah. Kering dengan idea untuk menulis dan mencoret. Kalau sekalipun ada, capai handphone di dalam poket, aplikasi ‘note’ diaktifkan dan jari mula memicit setiap huruf untuk membentuk sebuah idea yang terlintas.

Bila sampai masa nak kembangkan idea tu. Terus Kaku ! Otak Beku !
Apa taknya, dah masuk empat tahun lamanya tak teruskan menulis. Tipu kalau kata tak rindu saat menulis blog masa dulu. Mungkin usia dan masa membuatkan aku berfikir lebih baik diam daripada menyuarakan pendapat. Setiap tulisan ini nanti aka jadi saksi untuk aku di akhirat kelak. 

Sedikit sebanyak menakutkan aku untuk terus menulis, tambahan lagi sekarang tahun 2019 di zaman bawang membawang . Fuh! Untuk generasi sekarang dan mendatang, bersedialah dengan cabaran dan fitnah media baru yang tiada sempadan. 

Blog Anas Rahman asal
Kenangan dulu menulis di tintaelfarisi.blogspot.com

Masa dulu sebenarnya memang dah berblog. Facebook, Instagram, Twitter semua tu belum wujud lagi. Medsos (Media Sosial) masa tu guna Friendster dan Myspace sahaja baru. Whatsapp masa tu belum ada, kami aktif guna Yahoo Messenger je dulu untuk berkomunikasi secara one-to-one.

Kononnya time tu ada blog ni dah kira hebat lah (gituu), tulis macam-macam dalam blog tu, pengalaman lah, tulis program dan aktiviti yang aku sertai, dan macam-macam lagi.

Zaman tu femes dengan blogwalking, singgah blog orang lain spam link blog kita, bertukar-tukar alamat laman blog. Followers tu pun banyak kawan-kawan kita jugak. Pernah lah ada dapat anugerah nuffnang masa tu, kategori apa dah tak ingat. Tengok analytics page apa yang orang banyak masuk. Terasa hebat dah masa tu bila banyak traffic lawat ke blog kita. Padahal ada banyak jugak yang kopi pes dan edit sikit-sikit. haha.

Pernah pulak, Sampai satu masa terbaca orang dapat duit daripada blog, terus time-time tu jugak cari jugak macamana nak buat.  Masa tu register adsense, letak iklan dari nuffnang dan macam-macam kaedah buat untuk nak dapatkan duit daripada internet. Yang penting jangan klik iklan di blog sendiri sudah, tak pasal-pasal kang kena tarik. 

Masa tu sekejap-sekejap bukak akaun nuffnang, tengok berapa duit yang masuk. Last-last kecewa sebab aak sampai RM10 pun masa tu. haha. Ye lah, blog kita tak de lah nak cecah riban-riban traffic nak masuk. Semua tu dengan bantuan daripada pakcik google. 

Lepas pada tu, banyak aku perasan penulis blog ni makin lama makin surut. Geng2 bloger dulu ramai dah tutup kedai, tak ada lagi celoteh atau coretan diari harian yang boleh dikomen-komen.

Sampailah sekarang ni, bila aku fikir-fikir balik, penulisan kita akan kekal jadi manfaat pada orang lain sekiranya apa yang kita tulis tu perkara yang baik.  Kalau kita tulis perkara yang sebaliknya, maka akan jadi berpanjanganlah dosa kita tu. Sebab sampai sekarang kita dan orang lain boleh terus baca apa hasil tulisan kita dulu sampai sekarang bahkan sampai akan datang zaman anak cucu kita nanti.

Satu je kesimpulan aku untuk ni. Bidang penulisan ni sebenarnya evergreen.

Tulislah yang baik dan bermanfaat. Moga ia akan kekal jadi jariah untuk bekal kita akan datang. Harapnya selepas tulisan ni setelah empat tahun dah tak menulis, dapat jadi permulaan yang baik untuk aku teruskan berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Website ni mudah-mudahkan akan terus aktif dalam memberi nafas yang baru dalam penulisan akan datang.

Website www.anasrahman[dot]com ini akan terus aktif dengan dua (2) tema fokus iaitu  :-
     (1) Digital Marketing
     (2) Travel

Bismillah. Dengan pena, aku bersaksi.

Leave a Reply

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Scroll to Top
%d bloggers like this: