fbpx

15 Kesalahan Ketika Mengerjakan Tawaf

Home » 15 Kesalahan Ketika Mengerjakan Tawaf

Tajuk TAWAF sememangkan antara yang paling banyak menjadi persoalan semasa kursus umrah berlansung. Bahkan bab tawaf ini memang selalu saya tekankan sangat-sangat, bukan sebab susah tapi sebab displin semasa perlaksanaannya ni agak sedikit ketat. 

Bagi yang dah pernah tunaikan umrah sebelum ni mungkin dah dapat sedikit gambaran bagaimana kaedah untuk menjaga diri sendiri untuk tak membatalkan tawaf. Bagi yang baru pertama kali nak tunaikan umrah ni, terkadang keliru.. apa yang nampak macam payah sangat untuk nak tawaf ni. Pusing kaabah 7 pusingan, dah siap. Settle tawaf. Kan?

Nampak memang macam senang, tapi sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu kita jaga untuk nak pastikan tawaf kita tu sah dalam ibadah umrah ni.

Dalam entri kali ni, saya terpanggil untuk sentuh sikit berkenaan apa kesalahan-kesalahan tipikal yang dibuat oleh jemaah umrah semasa tawaf.

15 Kesalahan Ketika Mengerjakan Tawaf 1

Di antara kesalahan-kesalahan semasa tawaf ialah:

1. Terkejar-kejar ikut mutawif takut tersesat atau ketinggalan.

2. Membaca doa dengan suara yang nyaring sama ada bersendirian atau berkumpulan. 

3. Bercakap-cakap semasa tawaf.

4. Cari kawan atau isteri atau suami.

5. Bermain telefon bimbit semasa tawaf.

6. Kucup hajar aswad tanpa membetulkan bahu.

7. Menyentuh dinding kaabah atau hijir Ismail.

8. Menyentuh syazarwan (bingkai kaabah) atau kelambu kaabah.

9. Istilam tanpa membetulkan bahu.

10. Membawa beg di dalamnya diletak selipar atau kasut yang bernajis.

11. Mendokong anak lelaki yang belum berkhitan semasa tawaf.

12. Mendokong anak kecil yang buang air kecil atau air besar dalam pampers.

13. Wanita yang melambai atau istilam hajar Aswad dan ternampak lengan tangannya.

14. Tidak menghabiskan keliling hingga sampai di tempat mula tawaf (hajar Aswad).

15. Bahu kiri tidak melurus ke dinding kaabah atau terkeluar dari sasarannya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Reply

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Scroll to Top
%d bloggers like this: